Tuesday, September 30, 2014

Set J - Set Ibu Mengandung

set ibu hamil
PERNAHKAH anda berasa letih, sakit, terganggu atau lemah semasa mengandung? Jangan abaikan gejala ini dengan menganggapnya sesuatu yang 'biasa' semasa hamil.Tahukah anda bahawa seorang dalam setiap tiga wanita, mengalami masalah ini kerana anemia atau kekurangan zat besi. Disebabkan masalah kesihatan ini tidak disahkan dan tidak dirawat, ramai ibu dan bayi mengalami kesan kesihatan dalam jangka panjang.


Sekiranya mommies mengalami situasi di atas, cubalah set J (set ibu mengandung) InsyaAllah..anda akan dapat merasakan kesannya dan perbezaannya.

Set kehamilan kami terbahagi kepada 2:
  • Set J1 (trimester pertama) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix
  • Set J2 (trimester kedua &ketiga) ~ Vitalea, Vitamin B compleks, Vitamin C, Ostematrix, Omega
Jom kita lihat fungsinya satu-persatu:

Vita-lea Iron formula :
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.

B complex 
Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C 
membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix :
kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
OmegaGuard :
membantu pembentukan sel otak janin. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2). Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya tidak mengambil Omega-3.
Nota penting : Sekiranya anda berhasrat ingin mengambil set kehamilan diatas, obimin dan folic acid yang dibekalkan oleh doktor tak perlu anda ambil ye.

Ok..tiba masanya nak share testimonial mommies yang sangat berpuas hati dengan set J ni..

Testimoni 1

Testimoni 2 


Alhamdulillah...best kan mommies? Apa salahnya kita laburkan sedikit wang demi kesihatan diri dan kesihatan baby tersayang..Mencegah itu lebih baik daripada merawat..
Berminat? Hubungi kami di 018-3861182/ Add FB saya https://www.facebook.com/nuramalini.muhamadamri


& jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/VitaminsGorgeousShoppe




HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER AMAL YANG TERSAYANG!


    Set Berpantang @ Set C

    Apa keistimewaan set berpantang Shaklee?

    1. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka kerana adanya zink dalam set ini. Selain mempercepatkan proses penyembuhan luka, ia membantu mengurangkan rambut gugur yang lazimnya dialami oleh ibu dalam pantang.

    2. Adanya Vitalea yang berfungsi sebagai multivitamin kepada ibu. Ibu berpantang akan rasa lebih bertenaga dalam menguruskan anak. Cabaran berpantang memerlukan ibu cergas dan sihat.

    3. Adanya Vitamin C yang berfungsi memulihkan sel-sel badan, memberikan seri pada wajah si ibu (bukan susuk tau heehe) yang pucat dan kurang berseri semasa dalam pantang.Kandungan Vitamin C memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen yang dikenali boleh menganjalkan kulit.

    4. Adanya B Complex yang membantu menghindarkan stress pada ibu dalam pantang. Jangan sampai kita mengalami gila meroyan pulak dalam masa berpantang ini.



    Berminat? Hubungi kami di 018-3861182 / Add FB saya https://www.facebook.com/nuramalini.muhamadamri 

     & jangan lupa like fanpage saya https://www.facebook.com/VitaminsGorgeousShoppe


    HARGA ISTIMEWA MENANTI ANDA DAN KONSULTASI SECARA PERCUMA AKAN DIBERIKAN SELEPAS PEMBELIAN HANYA UNTUK CUSTOMER AMAL YANG TERSAYANG! HEHEHE

    Monday, August 4, 2014

    Kesan fibroid terhadap kehamilan

    assalamualaikum..

    tahukah anda?? 

    Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot yang berlaku di dalam rahim. Bagi wanita mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merisaukan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

    Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 % wanita dalamlingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun, menghidap fibroid.

    Fibroid dan kehamilan

    Fibroid biasanya terdapat dikalangan wanita pada usia subur. Maka tidak hairanlah fibroid ditemui dikalangan wanita yang sedang hamil. Ada kalanya fibroid boleh menimbulkan kesan yang tidak dijangka oleh ibu hamil. Ada fibroid yang boleh menimbulkan masalah dan ada yang tidak. Akan tetapi fibroid tidak akan membesar ketika hamil. Pembesaran fibroid bergantung pada aras hormon estrogen di dalam badan. Kesan kehamilan terhadap  fibroid mungkin bergantung pada faktor genetik dan juga pada aras faktor pertumbuhan yang terdapat di  dalam darah yang mungkin boleh mengawal pertumbuhan fibroid tersebut.

    Mengikut laporan kajian yang dijalankan ke atas wanita hamil yang menghidap fibroid, imbasan ultrabunyi menunjukkan lebih kurang 70 % wanita hamil tersebut tidak mengalami pembesaran fibroid ketika hamil. Sebanyak 30% wanita pula menghadapi pembesaran fibroid, dan didapati fibroid ini membesar dalam tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

    Hanya segelintir wanita hamil yang diketahui mempunyai fibroid ketika menjalani ujian ultrasound dan kebanyakan wanita yang mengahadapi fibroid jarang mengalami masalah ketika hamil. Walaupun fibroid didapati membesar ketika hamil, ibu-ibu tidak perlu risau kerana fibroid biasanya akan mengalami pengecutan selepas kelahiran anak.

    Pastinya ramai ibu-ibu akan tertanya,adakah fibroid akan menyebabkan mereka mengalami masalah sepanjang kehamilan.

    Apabila wanita hamil megalami fibroid, beberapa masalah mungkin akan berlaku. Antaranya termasuklah risiko keguguran, risiko kelahiran bayi pramatang pembesaran fibroid, kelahiran yang tidak normal dan mengalami pendarahan yang banyak selepas melahirkan.


    fibroid dan lehamilan
    Rawatan fibroid ketika hamil

    Bagi wanita hamil, doktor akan memberikan rawatan seperti ubat penahan sakit, jika perlu. Selalunya ubat penahan sakit yang diberi adalah dalam bentuk suntikan. Pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan sepanjang kehamilan. Jika kelahiran perlu dilakukan melalui ceaserean, pembedahan untuk membuang fibroid tidak akan dilakukan pada waktu yang sama.

    Pembedahan akan dilakukan selepas proses melahirkan, sekiranya fibroid merbahaya jika tidak dibuang. Oleh itu lazimnya saiz fibroid akan diawasi lagi setelah tempoh pantang apabila aras hormon kembali normal.


    ingin mendapatkan supplement yg insyaAllah boleh membantu merawat fibroid?

    hubungi amal di..

    fb: Nuramalini Muhamad Amri
    sms/whatsapp : 0183861182
    emel: amalini5154@gmail.com

    Friday, July 18, 2014

    Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

    tips penyusuan

    tahukah anda?

    Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.


    • Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
    • Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
    • Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
    • Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
    • Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
    • Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
    • Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
    • Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
    • Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
    • Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
    • Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

    berminat untuk dapatkan supplement yang sangat bagus untuk penyusuan?

    jom hubungi amal..

    fb: Nuramalini Muhamad Amri
    emel: amalini5154@gmail.com
    sms/whatsapp/call: 0183861182
    fb fanpage :www.facebook.com/VitaminsGorgeousShoppe
    SID: 1100892

    Thursday, July 17, 2014

    7 Sebab Mengapa Ujian Kehamilan Positif Tetapi Anda Tidak Hamil

    Assalamualaikum wbt..

    Tahukah anda?

    Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda sudah hamil. Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak hamil. Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;


    ujian kehamilan


    1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.

    2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita tidak hamil.

    3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut. Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan palsu.

    4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.

    5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.

    6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi hamil.

    7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.

    Apa yang anda perlu buat
    Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku peningkatan, anda hamil.
    Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif, anda tidak hamil begitulah sebaliknya.

    berminat untuk tahu lebih lanjut tentang hal ini? jom hubungi amal cepat2. kita sharing2. hehe

    fb: Nuramalini Muhamad Amri
    emel: amalini5154@gmail.com
    sms/whatsapp/call: 0183861182
    fb fanpage :www.facebook.com/VitaminsGorgeousShoppe
    SID: 1100892