Thursday, August 1, 2013

Random entry~

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah. Syukur, masih dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah swt, dan mengejar malam-malam terakhir bulan barakah ni. Moga Allah beri kesempatan buat kita semua untuk mendapat kemanisan maghfirah-Nya. Ameen.

Okay. Tetibe teringat perbualan dengan suami beberapa minggu lepas, masa dia balik Malaysia hari tu.

Me: Abg, dena bahrin dah bersalin. Irine Nadia pon dah bersalin. Maria Elena dah pregnant.

Hubby: Dahtu kenapa?? (buat2 blur lah pulak, geram2 nk gocoh :-D )

Me: Nak jugak....

Hubby: Sabarla.. Nanti akan sampai giliran kita pulak.. (sambil senyum and pujuk wife dia yang dah muncung-muncung)

Me: Yelah....


Dalam perjalanan balik Kelantan..

Me: ( sambil gosok perut) Abg, ada baby taw dalam perut ni (buat muka nakal n cute)

Hubby : Sayang... (dah cuak letteww)

Me: Laa.. Kenapa pulak?? Taknak baby??

Hubby: Kalau boleh biarlah syg grad dulu..

Me: Kalau syg betul-betul pregnant, syg xnk gtaw abg.. Biar syg sorg je taw.. Sbb abg xnk sgt baby..

Hubby: Ape pulak gtu.. Abg pon kene taw jugak.. K* pon baby abg (dah ade nama utk baby nnt :-D )

Me: Dahtu abg cm xnk sgt baby.. Biarlah syg sorg yg taw pasal kewujudan K*.. (senyap..)
Abg,nape taknak baby lagi?
Kita tak pernah tahu apa yg terbaik buat kita. Mybe sekarang kita rasa to have babies later is better. But then, Allah dah plan yg terbaik buat kita. Kalau Allah nak bagi, tak kiralah bila-bila pon, waktu tu semestinya adalah waktu yang terbaik kn.. (suami aku dah kene ceramah dah kat bini dia wohahaha)
Syg redha je kalau kene pospone study kalau pregnant.. InsyaAllah syg redha.. Abg cmne??

Hubby: Hmmm.. Yela... (mulai redha kot lepas kene ceramah..hehe)

.......

Yeah.. We never know what is the best for us. Kita selalu mintak Allah bagi itu. Bagi ini. Dan bila apa yang kita nak tu tak tercapai (lagi), mulalah kita nak buat perangai mcm2. We just have to believe that Allah has arranged the best for all of us. Yeah, kita memang digalakkan berdoa, mintak apa yang kita nak. Tapi kita kene ingat, Allah hanya akan bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita mahu. Kadang-kadang kita doa, mintak macam-macam. Of kos Allah boleh je nak kabulkan doa kita yang ntah pape tu. But like i said above, apa yang PERLU,bukan apa yang kita MAHU.. But most of the time, yang Allah kurniakan (yg perlu sahaja) adalah apa yang kita mahu sebenarnya. Manusia ni kadang-kadang tak sedar yang nafsu mereka (termasuk aku) sangat tinggi. Kalau boleh macam-macam nak mintak kt Allah. But again, ask what you need. Not what you want. :-)

Tapi sekarang aku alah sgtla ngan baby. Sure leleh bila tgk baby. Haih. Hati seorg mummy mulai menguasai diri aku. Aku doa kt Allah agar kurniakan zuriat bila aku betul-betul bersedia. Bilanya aku nak bersedia? Bila Allah izinkan aku ada zuriat tu, InsyaAllah aku patut dah bersedia la tu. InsyaAllah. Korang, doakan aku ye. :-)

Sekian. Aku duk masjid ni. Paham-pahamlah pasai apa aku duduk. Kbai!! Salam alaik.

Tulus,
Puan Amal~
posted from Bloggeroid

2 comments: