malam..
bila dikau menjelma..
maka..
bersuka rialah para syaitan..
kenapa?
kerana..
sekali lagi syiatan berjaya menuntun hamba..
hamba yang lemah ini ke jalan yang Dia murka..
dating..
menonton wayang..
berkaraoke..
bersentuhan dengan yang bukan halal..
adalah 'syurga' bagi hamba pada detik itu..
ketika itu..
agama masih belum dimengerti..
agama masih dipandang ringan..
agama masih tergadai terjual..
kerana..
hamba yang begitu jahil..
kejahilan yang bertambah-tambah apabila gelap mula menjelma..
senja..bulan..dan bintang..
menjadi saksi segala kejahilan hamba..
yang paling utama..
jahil dengan membelakangkan Yang Esa..
itu, amat hamba kesali..
oh! hamba jahil!
jahil dengan tipu daya dunia..
jahil dengan janji manis manusia durjana..
leka dengan godaan syaitan si pendurhaka..
yang menjadikan hamba makhluk yang lupa Pencipta..
p/s: subhanallah. syukur kepada Allah. kerana masih bagi peluang kepada saya, kepada kamoo2 untuk meneruskan perjalanan di bumi Allah yang fana ni kn. jika kita dapat lihat, or dapat perasan, terlalu byk nikmat yang Allah bagi kt kita, sampaikan kita lupa akan tujuan sebenar kita diciptakan. betul x? sebab manusia itu memang mudah lupa. kacang lupakan kulit. gagal dalam meneruskan misi menjadi makhluk yang diciptakan untuk beribadat kepada Allah dan jugak menjadi khalifah di muka bumi ini. semoga, kita akan sama2 berusaha untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, yakni ke arah yang Allah redhai. tanpa redha Allah, segala amalan kita di bumi ini akan menjadi seperti buih-buih di lautan. tidak berguna. nauzubillah. pohonlah. pohonlah. pohonlah redha Allah. fahamilah syahadah yang sering kita ungkapkan pagi dan petang, ketika solat, atau ketika tajdid hati. apakah kita betul-betul beriman dgn syahadah yang kita ungkapkan? "tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah". apakah yang kita faham di sebalik syahadah yang kita lafazkan? "tiada tuhan, melainkan Allah", makanya segalanya yang Allah suruh, kita kene buat. segala yang Allah larang, kita kene tinggalkan. "muhammad itu pesuruh Allah", makanya kita kene buat sunnah nabi. cara dakwah nabi. ada pulak cakap "kita xleh ikut cara nabi berdakwah. Islam zaman ni dah lengkap. cara berdakwah pon kene tukar". ok. fine. tapi saya tetap x setuju dengan apa yang hamba Allah ni cakap. bagi saya, memantapkan aqidah setiap individu Muslim itu adalah sgt3 perlu, sbb tanpa aqidah yang mantap dalam hati, segala amalan lain cam x sempurna. sebab mereka xfaham kenapa mereka solat, puasa, etc. mereka xmelakukan amalan-amalan tu dengan hati. mereka lakukan ia kerana, memang sejak kecil mereka diajar solat. so, solatlah sampai sekarang. tapi, penghayatan solat, bagaimana? penghayatan puasa, bagaimana? dan lain-lain amalan, bagaimana? kita kena betul-betul faham apa yang kita buat. ni tak, pemilik agama yg Satu pon mereka masih belum kenal sekenal-kenalnya, macam mana mereka nak raih kemanisan dalam beribadat? itu tugas para dai'e. sapa dai'e? kita. kita. kita. walau kita tahu satu ayat je untuk disampaikan, sampaikanlah. itu adalah lebih baik daripada orang yang mempunyai banyak ilmu, tapi simpan untuk diri sendiri. nauzubillah. marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar hati kita ditetapkan dalam iman. tidak mencintai makhluk lain melebihi cinta kepada Allah dan rasul. berkasih sayang sesama saudara kerana Allah. benci kembali kepada kejahilan sebagaimana benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka. teringat status adik junior semalam, yang pasal tutup aurat. saya dah lupa cmne status dia. tapi mengenai azab jika x tutup aurat la kalau x silap saya. and ada sorg komen "cmne kalau dia ckp dia x takot dgn azab tu?" . dan tangan saya ringan je membalas komen tu "cakapla kt dia..wow..kulit awk mesti kebal kn. sbb cam tahan je dgn api. mesti awk cool je kalau kene api". ehem. sesungguhnya sindirin tu jgk untuk diri saya. sebab kadang-kadang hati manusia leka. kadang-kadang ambil ringan je mengenai aurat. kalau kt umah, xpe xpakai tdung. pakcik makcik datang pon hentam je freehair. kalau makcikpakcik kandung xpe. kalau pakcikmakcik yang x kandung, haram dik....nauzubillah.. sama-samala kita beringat, bagi peringatan kat satu sama lain. jaga aurat tu betul-betul. ikhlas ke x ikhlas ke tutup aurat tu lain hal dik..yang penting tutup dulu. papehal kita citer lain..masyaAllah..saya yang pada zaman jahiliyah adalah seorg yang tidak menjaga aurat. saya pkai jeans ketat. saya pkai baju singkat. saya pakai tudung yang hanya balut kepala. dan, apabila imbas kembali saya yang dahulu, masyaAllah. what i had done before? rasa nak hantuk/hempuk kepala kt dinding. tapi, ayat cinta yang Allah bagi "sesungguhnya kasih sayang Allah melebihi kemurkaanNya". kenapa saya perlu hempuk-hempuk diri saya kt dinding jika Allah boleh terima saya? kenapa saya perlu sedih kalau orang lain xnk terima saya yang kotor dengan dosa-dosa jahiliyah dulu sedangakn Yang Esa sanggup terima saya? kenapa? kenapa? kenapa? saya, kalau boleh, nak balut je diri ni dengan tikar. biar tutup habis! tp, buat masa ni, saya hanya mampu buat setakat yang saya mampu. saya tutup apa yang saya mampu tutup. tudung labuh x mahal pon dik. tapi tudung yang x labuh tu yang mahal bagai nak rak. boleh beli 5 helai tudung labuh dengan sehelai tudung xlabuh yang ada kat pasaran. aurat terpelihara. duit pon boleh jimat. so what?? any doubt? saya bangga dengan nama ISLAM yang saya pegang pada hari ini. tidak seperti dulu. yang hidup hanya untuk jadi robot yang bodoh. yang jahil. yang hina.
oke.sekian. salam alaik.
tulus,
cahaya amalanku..
No comments:
Post a Comment