Sunday, September 1, 2013

cerita raya~

Assalamualaikum wbt. semua sihat? alhamdulillah, Allah masih bagi peluang keemasan buat kita semua untuk merasai nikmat menyambut hari kemenangan kan. tak semua hambaNya berpeluang menyambut hari mulia ni. ada yang pulang ke rahmatullah semasa dalam perjalanan pulang ke kampung halaman. ada yang accident, sebagai contoh, adik jantan aku tuh. haih. saboi jelah. okay. meh aku nak cerita pasal raya aku dulu. baru aku citer pasal adik jantan aku yang accident tu yer.
as we all know (tahu lah sangat!), tahun ni aku beraye dengan family suami aku (even suami aku takde bersama kitorg). (dah kenapa kau beraye dengan family suami kau kalau suami kau xde bersama puan amal oit?)
dah suka ati aku lah. wohaha (phyco jap).
okay. ceritanya begini. aku kan dah jadi isteri seseorang yang bernama Muhammad Zakwan Fahmi bin Zahari. dan sebagai isteri yang solehah, dan sebagai menantu yang baik (insyaAllah), aku terima la ajakan mama mertua aku untuk balik raya kat Pahang (Felda Bukit Mendi), Triang. perjalanan almost 9 jam la kalau nak total dengan stop 3 4 kali kat hentian untuk bukak pose and syi2/ut2. and keje aku atas kete hanyalah tidur. keh3
ohya, since tahun depan will be tahun akhir aku kat maktab tuh (insyaAllah), aku bajet yang life budak final year akan busy sakan lah. so, sebab tahun depan aku nak beraye dengan mak aku kat hometown aku, so baiklah awal-awal nih aku beraye dulu dengan family suami aku. dan aku dah janji dengan sepupu sepapat suami aku yang kedatangan aku yang akan datang bakal disulami dengan duit raya sebab tahun ni aku tak mampu lagi nak bagi duit raya kat semua yer. aku bagi duit raya kat adik-adik kandung and adik-adik ipar aku jer. bolehla sekupang sorang aku bagi. hehe
insyaAllah nanti aku up lagi duit raya korang-korang (adik-adik aku, tak kira yang kandung or yang tak kandung) jika rezeki melimpah ruah lepas ni ek. korang doakanla supaya aku cepat-cepat dapat posting and cepat-cepat dapat baby, eh! :p)
dan beraye bersama family suami bukanla suatu perkara yang memilukan sebab tak dapat beraye dengan family sendiri. hal ini kerana i have new experience, celebrating hari raya with new people in my life. alhamdulillah. Allah bagi aku rasa nikmat untuk bersalaman dengan abah mertua (yang tanpa aku sedari, ceh, aku buat gaya cam salam and cium pipi ayah aku zaman ayah aku masih ada dulu :')
masa dengan abah okay lagi lah. tak sebak sangat. masa salam dengan mama tuh, memang dah tak tahan beb. terus esak-esak kat bahu mama. naseb xkuar hengus. kalau tak, habis baju mama yang dibelinya beratus hengget. hoi3
dan salah satu perkara yang wt aku tacing lebih masa hari raya tuh, adik-adik ipar aku cakap "kaklong start dulu" (untuk salam n bermaaf-maafan dengan mama abah)
yeah, aku kene akui yang adik-adik ipar aku nih agak annoying (hahaha) tapi aku rasa dah immune dah. awal-awal bersama dorang memang selalu makan hati kot. tapi lama-lama, memang boleh rasa jujur dah dengan dorang. aku behave cmne aku behave dengan orang-orang yang dah lama kenal aku. and aku harap dorang bolehla terima aku seadanya. hehe.
so, sape-sape yang rasa fobia dengan bakal ipar duai, benda tu sangatlah normal. memang korang akan rasa weird lah awal-awal jejak kaki dalam umah family suami korang. tapi, korang xleh biarkan kepelikan tu berlarutan. korang kene buat sesuatu. macam aku, aku try to reach them la seboleh mungkin. awal-awal memang serius pelik. tapi alah bisa tegal biasa. come on.. korang boleh.. percayalah.. korang jangan buat aku nyanyi lagi CT Nurhaliza pulak ek..kbai!
lagi satu, beraya kat kampung mama nih, xsama la cam aku raya tahun-tahun sebelumnya. and maybe rasa pelik tu wujud jap dalam diri aku. sebab biasa hari raya pertama, memang family aku akan g melawat kubur ayah aku. and tahun ni tak dapatlah aku g melawat ayah aku :'(
plus, kat umah nenek, hari raya pertama tuh memang duk umah je. beraya dengan ahli keluarga je. tapi ade lah g beraya umah jiran nenek. 3 buah rumah je kot. and pengalaman g beraye umah depa tu banyakla pulak ragamnya. ada yang macam xlayan sangat tetamu. ada yang ramah sangat-sangat. ada yang biase-biase je. no hal lah kalau xnak layan sangat tetamu. xyahla kitorg duk lama-lama umah hampa. haha
satu lagi.. masa raya keduA kot.dah lewat petang gakla. ade cucu jiran nenek datang beraya umah nenek. masa tuh xramai sangat orang kat umah nenek, so aku n adik ipar aku lah yang layan budak-budak tuh. punyela berselera budak tuh makan bihun goreng yang maklong buat, sampaikan 3x kali kot uolls! tanjat mama taw! aku pon apa lagi. terliur tengok budak tuh makan. aku pon sambar pinggan, mamam jugaklah oi. and masa duk syok2 makan tuh, that little boy cakap "sakit tekak.rasa macam ada tulang" and dia pointed la lt bahagian tekak dia yang dia rasa cucuk-cucuk dek tulang ayam dalam bihun tuh. aku pon bagi la budak tuh minum air banyak-banyak. but still tak hilang. ok. aku cuak! aku pon bagitaw mama. mama pon tanjat jugak. mama pon g gosok-gosok belakang budak tuh.before bagi arahan kt aku untuk pergi ambil nasi and kepal-kepal bagi jadi bebola nasi. aku pon apa lagi. terus pecut masuk dapur, gagau nasi dalam periuk. masa tuh dah tak ingat tangan bekas bihun tak basuh ag tapi aku terus gagau nasi dalam periuk tuh, and bawak g depan kat budak tuh. masa aku sampai tuh budak tu tengah usaha muntahkan bihun yang dia makan tuh. but tak berjaya. aku pon terus suap bebola nasi yang dah berbau bihun tuh ke dalam mulut that little boy. and makcik dia (baru form 1) pon suruh dia telan when that boy munched the bebola nasi. and that boy was very pandai la. boleh pulak telan bila makcik dia suruh telan. aku pon tak pandai telan bebola nasik okeh.
and, alhamdulillah. lepas dia telan bebola nasi tuh, dia cakap "dah xde dah" which refers to the tulang ayam yang tersangkut kat aesophagus dia tuh. aku pon hembus nafas lega. and sambung makan bihun.keh3
tapi adik ipar aku terus bagi duit raya cepat-cepat nak kasi depa balik cepat-cepat. kang ade pulak yang terlekat bihun. erk?

me, mama, sis-in-law

in-laws <3


hari raya kedua. aku dapat mesej dari adik aku salwani. dia bagitaw yang adik aku yang laki tuh (fauzi) accident. patah paha n patah tangan. masa mula-mula dapat taw tuh aku tak rasa pape. just tanjat sikit jer. ingat nak bagitaw mama. tapi maybe mama dah tido masa tuh. dah almost 11 kot. so aku bagitaw the next morning lah. before that husband aku call awal-awal pagi tuh. and aku bagitaw dia dulu lah. masa bagitaw suami aku tuh barulah aku nangis. xtaw pasal apa masa tuh cam sedih sangat. suami aku tanya if aku dah bagitaw mama ke belum and aku cakaplah tak bagitaw lagi. suami aku suruh bagitaw mama cepat-cepat. aku pon bangun solat subuh, and lepas solat tuh aku g cari mama kat dapur and duduk depan mama. "mama, smlm sal anta mesej. dia cakap ujie accident". mama tanya "parok ko?". "patah paha n tangan". and masa tuh dah mengalir dah air mata nih. sampaikan mama pon berair gak mata tengok aku nangis. sob3. and nasib baiklah kitorg memang akan gerak balik kelantan pagi tuh. lepas breakfast, kitorg gerak dalam pukul 10+. jalan agak jem bila dah nak masuk kelantan. sampai umah pukul 8+ tapi sempat solat maghrib lah. the next day, mama n angah anta aku g hospital USM tuh. keadaan aku terkawal lah. xdelah tacing-tacing sangat dah. biase-biase je. and starting from that day, bermulalah tugas aku sebagai babysitter adik aku tuh. ahad smp jumaat kot aku duk wad tuh. sampaikan ada pakcik(pesakit jugak) ingat aku nih doktor sebab duk tengok aku round ward. haha.round ward lah sangat. aku just ulang-alik dari katil adik aku ngan toilet jela selama aku duk ward tuh. takpon g solat kt bilik solat pesakit. takde kuasa aku nak turun bawah untuk solat. plus, pesakit tak guna pon bilik solat tuh.sume pesakit yang jenis takleh bangun semuanya. sume bende buat atas katil lah, simply put. kencing berak muntah pon sume atas katil. and adik aku salah seorang yang memang buat sume tuh atas katil lah. and aku lah jadi tukang basuh semuanya. keh3
ada satu malam tuh, malam ketiga aku jadi babysitter kot.oxygen level adik aku drop.below 30.kalau ikut apa yang aku faham yang nurse tu bagitaw, normal is between 70-90.so memang worst la kalau dah below 30 tuh. and x pasal-pasal kene pakai alat bantuan pernafasan. tak lama lepas nurse pasangkan alat tuh kat adik aku, adik aku mintak air suam. aku pon bagila dia sedut air tuh pakai straw. seminit lepas tuh dia panggil lagi aku yang baru bing atas tikar kat bawah tu, cakap dia rasa nak muntah. aku pon gegas-gegas cari plastik kat dalam bakul barang kat hujung kepala aku, and sempatlah aku letak kat mulut adik aku sebelum dia sembur muntah dia, habis bantal dia dengan sisa-sisa oren. dah dia duk makan buah oren and air oren, maka bende-bende tuh la yang kuar. kalau ikutkan hati, memang aku nak muntah jugaklah bila ade jugak muntah adik aku terkena aku.kene tangan jelah. but sempat control. kalau aku muntah gak, kecian la adik aku.aku pon tahanlah. and tolong nurse tukarkan cadar n sarung bantal dia.then aku lap-lap sikit badan dia. kasi sejuk sikit.sebab badan dia memang agak panas masa tuh. tak lama lepas tuh datang 2 orang doktor laki, yang cm monitor keadaan adik aku tuh. aku nak tidur balik pon cam seganlah. depa laki.takkan nak baring depan depa pulak.kalau aku yang jadi pesakut tu takpalah. aku pon duduklah atas tikar tuh. sambil on9. post pape yang patut kat facebook. huhu
and seyesly, masa tuh aku duk nangis sorang-sorang. yang dalam otak aku hanyalah "cmne kalau uji mati?". memanglah hubungan kitorg xrapat sangat. tapi untuk berdepan dengan kematian dia bukanlah sesuatu yang aku suka. aku doa jelah. then makcik aku call lepas tengok status facebook aku. dia tanya aku ok ke x. aku memang xleh cakap dah masa tu.duk esak-esak dah.adik aku sempat tanya aku "bkpo mg jerit nie?" and opkos la aku segan nak bagitaw. huhu. adik, sape x syg adik kn.uduh-uduh pon dia tetap adik aku.darah daging mak ayah aku.huhu





seminggu jugaklah dia kene pakai alat bantuan pernafasan tuh. tapi masa aku tinggalkan dia kt wad (utk balik kedah), keadaan dia dah much2 better. level oxygen yang doktor masukkan pon dah reduced. and sekarang, dia dah pon kat umah. alhamdulillah. aku ade pesan kat dia, jangan nakal-nakal dah. wt juruh-juruh. jadi anak soleh. and aku xtawla cmna dia mabik apa yang aku bgitaw tuh. hope dia bawak ke hati lah. insyaAllah.

one of the ayat yang agak pedas aku cakap kat adik aku "sakit memang sakit, tapi bersyukurlah tangan n peha tu patah je. org kat depan tuh kene potong kaki dia. bru umur 22."
and dia senyap je dengar aku cakap pape.moga Allah bagi hidayah kt dia. :')

sekian sahaja update aku pasal raya and tragedi yg menimpa adik aku tuh. semoga dia menjadi adik yg soleh. and most importantly, jadi anak yg soleh.

salam alaik..

No comments:

Post a Comment