Friday, May 31, 2013

Istikharah Cinta~ Part 2

Assalamualaikum wbt.
Well, sape-sape yang nak baca IC Part 1, silalah scroll down ea. Aku tak reti camne nak buat hyperlink kat bloggeroid ni. Kalau guna Che As aku tuh, retilah jugak aku nak hyperlink-kan link IC part 1. Huk3
Okay. Disebabkan aku boring tahap tak-tahu-nak-describe-macam-mana, maka aku pon gapailah tepon tingtong ni untuk sambung entry aku pasal IC.
Apa tu IC?
Istikharah Cinta la mek!
Adush..
Okay. Aku rekemenkan kat korang yang x baca ag part 1, silalah baca ea. InsyaAllah best jer. Hehe
Okay, let's proceed eh.
Aku teringat masa aku form 5 dulu. Aku ada bf. Tapi pada masa yang sama aku kawan baik ngan seorang jejaka ni. Memang baik la ngan jejaka ni. Nak tahu baik macam mana jejaka ni? Aku pon tak tahu macam mana nak cakap, tapi jejaka ni dah selamat jadi suami aku dah. Wohahaha. Alhamdulillah.
Ok. Back to story. Well, aku cam contemplating jugakla samada nak teruskan ke tak hubungan aku ngan bf aku masa tuh. Kitorang couple lama gakla, almost 3 years. Aku couple ngan dia since kitorg form 2 (amboi gatal gila kan aku. Kecik-kecik dah pandai couple. Tapi disebabkan 'gatal couple' la yang membuatkan aku sedar bahawa sangat penting satu hubungan yang halal. Disebabkan kesedaran itu, aku berusaha sungguh-sungguh untuk elak hubungan haram. Dan alhamdulillah, Allah mudahkan jalan untuk aku dan suami *walau banyak dugaan yang kami kene lalui)
Aku ni jenis yang suka dimanja (lempang aku sebijik). Sebab tu aku selalu merajuk ngan suami aku bila dia segan nak panggil aku 'syg' bila kitorang kat pasar yang orang ramai giler. Kill me twice! Haha
Hal yang sama la jadi masa aku ngan bf aku tuh dulu. Dia jenis ignorant. And of course la aku rasa aku ni unwanted. Fyi, aku dah kawan ngan suami aku sejak form 4. Korang yang baca sume entry aku yang dulu-dulu, mesti tahu cmne sejarah kitorg kn? Hek3. Ok dah, suka merapu je aku nih. And disebabkan bf aku tuh dah tak hiraukan aku, aku pon mulai redha la ngan hubungan yang tak pasti nih. And aku pon mulai tak kisah dah, and even anggap aku ngan dia dah takde pape hubungan dah. Tapi, at one time, aku rasa aku perlukan jawapan yang pasti pasal hubungan ni. Aku tak mintak kepastian tu daripada sape-sape. Tapi aku mintak kat Dia. Aku tak bagi pilihan kat Dia untuk Dia tentukan siapa untuk aku pilih. Aku hanya mintak Dia tunjukkan sape-sape yang terbaik. Dan, Dia tunjuk dia. Suami aku.
At first, aku hairan jugakla with apa yang Dia tunjuk. Kenapa dia? Sedangkan aku pernah jumpa dia sekali je kot. And aku tak ingat sangat pon muka dia camne. Yang aku ingat, dia tak hensem sangatlah. Wohaha. Ampun abg! But you are an awesome husband ever!! :-*
Aku tahu aku suka dia. Sebab? Dia baik. Tu je. Tapi cinta? Aku tak pasti.
Okay. Disebabkan aku ni bukan seorang gadis yang pemalu, masa cuti penggal bulan 8 tahun 2008, sampai je umah, aku amik phone, aku ON phone tuh, and mesej pertama yang masuk adalah daripada dia! I was like.... How come??
And, petang tuh jugak, aku cakap kat dia "saya rasa saya suka awkla".
Ganas tak aku? Wohaha. And nak taw apa dia reply?
Sorry. Aku tak ingat dia reply apa. Tapi yang paling penting, esk tuh aku couple dah ngan dia. Haha.
Cerita aku ngan bf aku? Aku tulis surat kat dia, mintak putus, and bagi dia baca surat tu depan mata aku. Aku tahu aku agak kejam sebab buat macam tuh. And aku tak mintak sape-sape faham pon kenapa aku buat macam tuh. Yang aku tahu, apa yang aku buat adalah yang terbaik buat semua. Mungkin for the time being, korang akan nampak untung kat pihak aku je. Tapi insyaAllah, lepas nih korang akan lebih celik akal hati dan mata. Aku tak rasa aku salah sebab putuskan hubungan kitorg, sebab aku ngan dia langsung takde hubungan yang nyata. Bukan tunang. Bukan suami. So, selagi belum terjadi ape-ape ikatan, baiklah aku leraikan segalanya. Giler novel punye ayat.
Aku tahu tak baik lukakan hati orang. Tapi hati aku pon terluka sebab teruk aku kena maki hamun kat mak aku sebab mainkan perasaan anak orang. Masa tuh mak aku tak kenal ag siapa dia zakwan fahmi. Sekali kenal, terus berkenan wt menantu beb!
Nasib baik tak berkenan wat suami. Kalau tak, menangis tak berlagu la aku jejaka idaman jadi ayah tiri! Tak ke sadis gitu?? Hek3
Ohya, kalau ada mulut yang nak kata "alah, lepas ko putus ngan bf ko, ko couple jugak ngan laki lain. Sama jela konsep tuh. Haram jugak". Oh tqsm sebab aware pasal bende tuh. Kan aku dah cakap, aku memang sedar yang hubungan yang haram tu tak membahagiakan. And kalau nak cerita semua apa yang jadi, memang akan memerlukan aku menaip setahun hari setahun malamlah. Over tak aku exergerate? Hehe
Sebenarnye aku nak citer satu cerita nih. Korang lah nih wat aku melalut panjang-panjang.
Okay. Ceritanya begini...

Adam (bukan nama sebenar), mempunyai seorang kekasih hati yang sangat dicintai. Nama dia Ain (bukan nama sebenar jugak). Mereka saling menyintai. Sanggup sehidup semati. Namun, keluarga Adam ingin menyatukan Adam dengan pilihan mereka, iaitu anak kawan mereka. Nama gadis itu Ayu (bukan nama sebenar). Disebabka Adam ni seorang jejaka yang alim, dia telah meminta petunjuk daripada Allah, manakah pilihan yang terbaik untuknya. Namun, petunjuk yang diperoleh bukanlah gadis pujaan hatinya. Ayu adalah pilihan Dia untuk dia. Adam bingung. Kenapa Ayu? Sedangkan hatinya hanya milik Ain! Tidak! Itu hanya mimpi! Maka, Adam tetap bernikah dengan Ain,cintanya sehidup semati. Adam yakin dia akan bahagia dengan Ain. Setelah beberapa tahun mendirikan rumah-tangga,mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Pada suatu hari, Adam dan anak-anaknya dikejutkan dengan kematian Ain, yang telah meninggal dunia dalam kemalangan ngeri. Hidup Adam seakan-akan musnah kala itu jugak. Kenapa Ain mesti pergi dulu?? Siapa yang akan jaga anak-anak mereka? Siapa akan uruskan rumahtangga mereka?? Hidup Adam setelah kematian Ain sangat-sangat menyedihkan. Nampaknya, slogan "hidup mati bersama" Adam & Ain telah turut kering dalam linangan air mata Adam yang akhirnya dah tandus sebab dah takde air mata dah yang boleh ditumpahkan.
Well, aku tak pasti ni adalah cerita benar atau tidak. Tapi, kalau tak silap aku, cerita ni kawan aku yang cerita kat aku dulu. This is a story of her relative or something like that la. Aku tak ingat. Tapi, ceritanya lebih kurang lah kot. Kalau ada sebarang kesilapan tuh, aku mintak maaf sangat-sangat. Aku manusia. Punya banyak khilaf diri.
Okay. Kalau korang baca kisah kat atas ni, maybe ada dalam kalangan korang yang akan kata "dah jodoh dia takat tuh, redha jela".
"jangan nak wt cerita boleh x? Sial!"
Okay. Tu mungkin hanya imaginasi aku tentang respon yang bakal korang lontarkan verbally or non-verbally. Tapi, macam aku cakap tadi lah. Aku manusia. Kisah yang aku tulis kat atas tuh mungkin aje wujud kat dunia nih. And aku yakin, memang wujud.
Seperti aku sendiri, ingat x aku ada cakap yang aku pon mitak petunjuk Dia untuk berikan yang terbaik kat aku? Yes. I did. And memang aku memilih dia. Tapi, sebelum aku ngan suami aku berjaya sampai ke tahap ni, macam-macam yang dah jadi kat hubungan kami. And puncanya adalah aku. Dan aku rasa aku dah dapat balasan sebab ingkar dengan pilihan yang Dia buat kat aku. :'(
Tapi alhamdulillah. Aku rasa bersyukur sangat-sangat sebab Dia kembalikan dia kat aku. Dan tanggungjawab aku untuk jadi manusia yang bersyukur kan? :-)
Awal-awal kahwin, aku selalu wat perangai mengada tahap nak kene bagi pelempang. Tapi, lepas aku borak ngan kawan aku "kenapa amal susah nak maafkan kalau dia wat salah?"
And kawan aku balas "fikirlah kemana pergaduhan tu akan bawak hubungan amal ngan dia".
Jawapan kawan aku tuh serius dah berjaya tembak jantung aku. Until which point hubungan aku ngan suami aku kalau never ending pergaduhan? No!
So, lepas-lepas tuh aku memang cuba positif-kan fikiran aku kalau ade bende yang jadi kat hubungan aku ngan suami aku. Slalunya aku lah puncanya. Takpon, aku lah yang start ngade nak mampus. Tapi alhamdulillah. Aku rasa hubungan aku ngan suami aku dah makin matang, especially kalau kitorang gaduh. Cepat-cepat je baik kalau gaduh. Kalau sebelum ni, aku akan tidur dulu semalaman, pastu cakap kasar-kasar ngan suami aku sebab konon taknak berbaik ngan suami aku tuh. Tak sedar diri sungguh aku ni kan? :'(
Tapi betulla.. Suami kita adalah pilihan terbaik yang Dia kurniakan kat kita. Kau-kau para isteri, tak payah nak mengada sangatlah nak atur suami korang itu ini. Kau terima je lah apa adenya suami kau tuh. Sepertimana suami kau terima kau apa adenya. Ada suami kau kesah tahap gaban kalau kau sendawa busuk gila depan dia? Sebab busuk? Kau telan sume jering petai budu. Kentut pon boleh tahan 'wanginya'. Makanya, korang salinglah menerima kekurangan masing-masing. Kalau nak yang perfect, kau sempurnakan diri kau terlebih dahulu, pastikan dunia dan akhirat kau A+. Pastu kau mati esok-esok, kau kahwinlah ngan bidadari syurga yang memang sempurna sejak awal penciptaannya. Kalau kahwin ngan manusia, banyak pulak mehnah yang kau kene lalui sebab manusia ni banyak kerenahnya. Termasuklah yang tulis entry nih. Tapi, cubalah jadi pasangan hidup yang terbaik. Jangan asyik nak fikir pasal diri kau je. Suami kau pon manusia. Jadi, aku ingin menyeru para isteri dan para suami di dunia ni, marilah kita jadikan moto hidup Ustaz Hasrizal "erti hidup pada memberi" sebagai moto hidup kita jugak dalam melayari hidup sebagai suami, isteri, ayah, mak, abid dan khalifah di bumi Allah yang fana ini. Wallahualam. Sekian. Salam alaik.





posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment