Thursday, June 27, 2013

minum air banyak-banyak~

Assalamualaikum wbt. Okay aku tengah dalam mood nak reduce weight. Just so u know la kan. Sebab dah ramai yang tegur aku and soksek2 ingat aku pregnant. And aku sendiri rasa so'oh dengan keadaan aku sekarang. Maka,aku ambik keputusan untuk memperbanyakkan aktiviti riadah seperti jogging and mendaki bukit (okay mendaki bukit mungkin bukan regular aktiviti lah haha). Dan alhamdulillah, hari tu ade la 2 3 kali aku berpeluang jogging selama 30 minit. Jogging lah aku sorang-sorang kat parking lots tepi asrama aku. Sorang-sorang round lots tu 20 rounds. Gggrr!!
Aku harap ini bukan misi awal-awal sem sahaja. Aku bukan aim nak kurus tahap gaban. Just nak hilangkan rasa so'oh tu. Aku xtahu nak explain so'oh in standard words. But that's it.
By the way, dalam usaha aku nak reduce weight and hilangkan so'oh ni, aku adalah jugak google2 dalam internet pasal tips nak reduce weight kan. Actually aku dah lama tahu pasal enough intake of water. Tapi duk take it lightly, mana nak jalan. Ye dak? Okay. Aku baca blog kak ladynoe. Nak amik herbalife, mahal. So, aku guna jela cara traditional. Yang mana kesannya mungkin lambat. Tapi insyaAllah jika azam tu terus mekar dalam diri aku, aku akan terus berusaha. InsyaAllah. :-)
And, aku jumpa ni masa baca blog kak ladynoe tuh. Macam mana kita nak tahu jumlah/dosage water yang patut kita ambik. Nih tengok!












insyaAllah pagi esok aku masih ada misi untuk me-round parking lots tepi hostel aku nih. so far aku masih larat nak maintain nafas untuk non-stop slow jog. masalah problem is kasut sukan aku dah hancus tuh. cepat2 lah rabu minggu depan. nak shopping ngan tutttt... :)
korang doakanlah supaya berat badan aku menurun ye. aku tak rasa aku mampu nak beli baju baru dengan banyaknya kalau baju lama dah xmuat. soksoksok.
oklah, aku nak kemas bilik. and kemas barang. minggu depan nak balik kampung! insyaAllah. till we meet again ye. salam alaik.

oh!
oh! selamat 6 bulan abg.. <3


 tulus,
puan amal :)

No comments:

Post a Comment