Friday, June 21, 2013

Bukit Semarak, Sungai Petani


Assalamualaikum wbt..
syukur, aku dah masuk semester 6 degree kt IPSAH ni..
insyaAllah, tinggal 3 semester lagi sebelum graduate, dan meneruskan kerjaya sebagai guru bahasa inggeris, dan menumpukan perhatian kat suami dan anak-anak, insyaAllah :)
setelah 3 minggu bercuti di kampung aku dan jugak umah mertua, kembalilah aku ke IPSAH tercinta ni, bumi di mana Dia tempatkan aku di bawah langit tarbiyah bersama akhwat fillah. moga kita terus kuat atas jalan ni. jalan ini, sumpah panjang dude! :)
and, seminggu berada di IPSAH ni, kami punye murabbi telah dengan awesome-nye arrange satu aktiviti ekspedisi mendaki Bukit Semarak (orang kedah panggil Bukit H). xtaw kenapa its called like that. whatever!
this is not the first time aku mendaki-daki bukit nih, tapi xtawla kenapa awal-awal mendaki pagi tadi, cepat giler rasa semput. maybe sebab berat makin naik? errr!
awal-awal aku mendaki tadi, aku teringat yang aku ade sebut ayat ni 
"orang kata kalau daki bukit boleh kurus. kalau begini penat daki bukit nih, apa tak kurusnya" or something like that lah. aku dah hilang ingatan. tapi, serius baq hang, peluh merintik-rintik cam tears kot mengalir kat pipi nih. dahla lupa bawak small cloth, lap lah muka dengan lengan baju. uhuk. awal-awal tuh aku tergolong dalam kumpulan yang paling belakang. serius rasa cam nak tertanggal paha ni masa awal-awal daki tuh. pastu perut aku pulak meragam masa tengah syok mendaki tuh. serius kacau daun! sebab tuh aku stop kejap-kejap je kat tanah-tanah lapang yang ada, just to avoid rasa perut yang tak selesa tuh. dan alhamdulillah, aku dan beberapa akhwat lagi adalah kumpulan pertama yang sampai semula ke kaki bukit. syukur sangat. :)
sepanjang aktiviti ini, banyak sangat ibrah/pengajaran yang aku dapat. antaranya, mendaki bukit ni sama macam gerabak dakwah yang membawa akhwat/ikhwah fillah sekalian. ianya tak senang. ada curam licin. ada tanah lapang yang bersemut. ada banyak simpang yang boleh buat orang sesat. ada macam-macam lagi. namun, semua aim pengakhiran yang sama. namun, berapa ramai yang dapat sampai ke destinasi yang dituju tanpa sebarang kesulitan? manusia itu sendiri dicipta untuk menghadapi kesulitan, agar keimanan kepada Allah dapat diukur. dan bagaimana kita menghadapi segala kesulitan itu, bergantung kepada tahap iman kita. :)
okay. aku dah malas nak taip panjang-panjang. tengoklah pic yang aku snap-snap selama proses mendaki bukit nih. ohya, gambar ni aku letak terbalik (gambar sampai ke kaki bukit dulu, baru diiringi gambar mendaki bukit bermula) hehe


ni uncle chinese yg bg aku, sgt berprinsip. aku blh nmpk dia cm 'kagum' tgk kitorg berpakaian, and he said "pakaian kita melambangkan perangai kita" or something like that. insyaAllah moga kita akan terus istiqomah dlm menjaga maruah :)

berkumpul di check point terakhir sebelum turun ke kaki bukit. masa ni tgh tggu kumpulan yang paling belakang, yang masa dorang x sampai-sampai sebab sesat ke Tikam Batu :)

just bear with them :)





kak ekin :)

ika and munira yg berjaya turun selepas melalui lurah yg agak bahaya. fighto!





masa mula-mula mendaki bukit. nampak x pencawang tuh? tu la kot puncak bukit ni. aku pon xpasti. tapi sempatla kitorg snap2 kat situh.





ni dah half way kot. rehat kejap. ni kumpulan yg agak laju pada awal-awal pendakian. hehe



sempot tgh jalan mak!











warming up dulu weh!







posted from Bloggeroid

 okay. aku dah warning roomate aku supaya teman aku joging pagi esok. ramai yang dah soksek tanya "is there something" sebab aku makin chubby. huh!
i just.... :)

salam alaik..

No comments:

Post a Comment