Wednesday, October 9, 2013

Mimpi yang langsung tak best~

Assalamualaikum wbt.
Ok. Bercerita tentang mimpi. 2 malam lepas aku mimpi bercerai dengan suami aku. :'(
Nauzubillah. Yes, kita langsung tiada punya hak untuk menetapkan mimpi yang bagaimana patut hadir dalam tidur yang lena. Tapi seriously, aku cukup tak suka dengan mimpi aku kali ni. Aku lebih suka kalau mimpi kene kejar ngan hantu, atau mimpi makan aiskrim. Kih3
Ok. Serius3.
Meh nak catat sikit apa mimpi aku nih. Aku taktau pasal apa aku bercerai ngan suami aku (dalam mimpi je ni keh. Nauzubillah dlm alam nyata)
Dan disebabkan perceraian itu, aku koma selama 2 tahun. (nampak tak impact cerai tuh kat aku? Betapa aku taknak cerai even dalam mimpi. Siap koma 2 tahun okeh. Nauzubillah)
Dan bila sedar dari koma tuh, semua orang cam pretend as if nothing happen. Tapi, suami aku takde dekat aku. :'(
Dan apa yang lebih meyakinkan bahawa aku dah cerai (dalam mimpi tuh), ada rombongan datang ke rumah aku, nak meminang aku. (see, married woman haram dipinang kan? Sah2 aku dah janda masa tuh, dalam mimpi, nauzubillah)
Dan aku langsung tak kenal laki tuh. But he's a friend of my friend, also male friend la. Aku confused. Kenapa bila sedar-sedar je dari koma aku terus dipinang? Oh, aku lupa. Aku koma 2 tahun. Mesti iddah dah tamat. So tak mustahil ada orang terus masuk meminang kan. (ceh nak cakap laku sangatlah ni. Astaghfirullah. Nauzubillah)
Dan, dalam mimpi tuh, aku langsung tak taw nak buat apa. Dahla siap freehair masa rombongan meminang tu datang. Entah pape kan mimpi gituh.
Dah. Habis citer mimpi.
Dan aku tak sempat jawab ye/tidak pon terhadap pinangan itu. And i dont want to give any answer.
Dan, bila sedar dari tidur tu, mimpi dah tamat. Aku cam nak nangis. Aku terus whatsapp suami aku. Bagitaw dia pasal mimpi merepek aku nih. Suami aku cakap,
"apa la yg syg mimpi nih"
Ntahla. Somehow, it distracts me jugaklah. Siapa yg nak cerai kan. Setiap perkahwinan mesti nak dikekalkan sampai bila-bila kan. Tapi, kita, manusia, tak pernah tahu apa pengakhiran kita. Di dunia atau akhirat. Apa yang kita perlu jelas, adalah tujuan hidup kita.

2:30
51:56

Semoga Allah berkati perkahwinan aku dan suami, dunia akhirat.
Ameen.

Dan, aku teringat satu kisah benar. Yang aku baca di sebuah blog yang agak famous. FL's blog. Pasal newly wed couple, where the wife nak cerai sebab takleh terima husband dia yang tak sama dah sikap lepas nikah.
Dalam perbualan panjang antara aku dan beberapa akhwat, kami sependapat, yes, akan ada certain sikap pasangan yang baru kita nikahi yang mungkin akan buat hati kita kata "ooo..camni rupenye perangai dia. Tak suka basuh tangan lepas makan upenye"
Dan itu hanya contoh ye. Haha
Tapi, betul la. Memang akan ada perkara yang kita langsung tak sangka tentang pasangan yang kita nikahi. Dan aku memang tak lari lah dari mengalami perkara ni.
Ada sahabat pernah tanya aku,
"apa tentang zakwan yang amal x expect from him lepas kawin?"
And, frankly, it's quite hard for me to answer that questions. Bukanlah sebab takde jawapan. Tapi, biarlah aku dan suami aku je tahu apa yang kami baru tahu tentang satu sama lain. Kan lebih manis begitu. :-)
Memang ade sesetengah benda yang aku rasa cam susah nak tolerate, tapi that's it. Apa yang kita boleh buat kalau sikap pasangan kita tak menyenangkan hati kita? Terus nak mintak cerai? Nauzubillah. Yes, aku baru 9 bulan kahwin. Tapi aku take this great courage to talk about this. As motivasi buat aku untuk menghadapi hari-hari depan dengan lebih matang dan bijak. InsyaAllah.
Sebab itu kita takleh nak expect setiap perangai pasangan kita tu amat menyenangkan. Well, people can be quite annoying, sometimes. Aku pon kengkadang annoying jugak ngan suami aku. Dan bila kene tegur, barulah nak nanes-nanes mitak ampon. Hehe
Tapi itulah. Dalam perkahwinan, ringankan mulut mintak ampun dan maaf kat pasangan. Awal-awal nikah hari tu, tiap-tiap malam aku mintak ampun ngan suami aku. Masa tu senanglah sebab waktu malam sama. Tapi sekarang, suami aku awal 5 jam, where he will sleep bila waktu Malaysia pukul 7.30pm. Bila ingat aku akan mintak ampun. Kalau tak ingat nak mintak ampun sebelum suami aku tidur, aku emel lah dia. Cakaplah, "abg..miss u so much. Ampunkan dosa syg ea"
Biar berbunga sikit hati dia baca tuh. Wahwahwah.
Sebelum nikah dulu, aku ada tanya mak angkat aku, ape tips berguna sbg peringatan sebelum nikah. Mak angkat aku cakap, "takdak apa pon. Banyakkan sabar je"
Dan memang nak sabar tu adalah perkara yang sangat mencabar ok. Bayangkanlah, aku nih jenis yang mudah marah. Same goes to him. Bezanya, aku lambat sejuk. Suami aku cepat gakla sejuk banding ngan aku. Dan kalau kami gadoh, memang suami aku tuh yang jadi pendamai. Pendek kata, dia lah yang akan mintak maaf@redakan keadaan. Tak baik sungguh aku nih kan? :'(
Tapi ada jugak moments aku yang mintak maaf. Lepas kahwin nih, memang aku banyak mengalah. Dan ada kawan aku kata "at last, amal dapat dilembutkan"
Nak katanya keras hati sangatlah aku nih. Huhu :')
Dan memang, mengalah adalah salah satu penawar paling mujarab dalam perkahwinan. Tak kisahlah suami atau isteri. Dua-dua kene ade sikap nih. Janganlah biarkan pasangan kita je yang kene selalu mengalah. Give and take lah. Come on! Jangan selfish sangat (tuju kat aku jugak nih)
Takde ape yang lebih sweet melainkan pasangan suami isteri saling meminta maaf. :')
Terus rasa syg sgt-sgt kat suami bila berbaik semula lepas gaduh-gaduh manja. Gaduh-gaduh manja tuh jarang-jarang je. Gaduh-gaduh ganas agak kerap. Sekali sebulan. Haha
Tuh bila aku bendera merah lah selalunya. MasyaAllah.
Bukan gaduh pon sebenarnya. Suami aku just nak bergurau. Tapi bila dah emotional terlampau, memang nangis-nangis lah aku. Dan mulalah episod pujuk memujuk. Aku kan jenis lambat sejuk. Aku kene g mandi dulu. Takpon tidur dulu. Lepas tuh baru aku boleh rational balik. Kih3
Ada sekali tuh suami aku hot gila ngan aku. Sebab? Dia call aku 54x tapi aku tak sedar langsung. Aku ni memang kadang-kadang boleh tidur mati. Dan sebab tuh, suami aku suruh aku tukar ringtone. Sebab dia kata ringtone aku slow. Slow as mendayu-dayu. Sebab tuh aku tak sedar dia call. Awal-awal tuh aku cam protes lah sebab ringtone tu is default ringtone kalau dia call je. Orang lain call bunyi lain pulak. And it has sentimental value for me. Boleh pulak dia suruh aku tukar kan. Aku memang berdegil ah taknak tukar. Dan bila dia cakap "abg terkilan ngan syg sbb taknak tukar ringtone", aku pon mulalah kalut sebab dah dapat tiket free ke neraka. Aku pon tukarlah ringtone. Aku pilih ringtone yang sangat annoying. So bila suami aku call, sekali call je aku dah jawab. Alhamdulillah. So, pengajarannya, setiap apa yang suami suruh tuh, janganlah ingkar. Nanti neraka tempat buatmu. :'(
Nauzubillah

Dan, aku tengah counting days! Bukan nak deliver baby eh. Tapi nak sambut papa baby balik Malaysia! Yeay! InsyaAllah. Till we meet again ye.
Salam alaik.

Tulus,
Puan Amal~

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment