Monday, May 20, 2013

Istikharah cinta~Part 1

Assalamualaikum wbt.

Ada orang tanya, "kau pernah istikharah x sebelum ni?"

Aku: "pernah"

"kau mimpikan sape?"

Aku: "suami aku la"

"bila kau istikharah ni?"

Aku: "masa form 5 dulu"

Gulp!

Ramai kenalan yang aku kenal seem like teragak-agak untuk solat istikharah apabila dalam dilema untuk memilih cinta terbaik untuk bersama hingga syurga. Oke, ayat cliche. But seriously, aku xpandang solat istikharah ni sebagai satu wasilah membuat pilihan yang 'mengerikan' pon sebab aku personally rasa yang setiap daripada kita sangat-sangat perlu memohon petunjuk 'yang terbaik' daripada 'Yang Terbaik'. Hope korang boleh faham maksud aku. Perbualan panjang mengenai isu istikharah beberapa hari yang lepas seakan-akan memberi khabar baru kepadaku bahawa "ramainya yang takut nak istikharah!"

Well, ladies and gentlemen, apakah yang korang takut sebenarnye? Takut petunjuk yang diberi olehNya xmatch ngan pilihan hati kau?
Okay. Bagi korang yang xde halangan dalam bercinta, korang memang xkan alami masalah dilema dalam membuat keputusan memilih pasangan hidup. Mungkin sebab 'cinta' korang memang mudah je. Smooth flow. Parents restu. Rezeki murah. Etc. Tp,tidak bagi ramai pihak. Parents xrestu. Xhabis belajar lagi. Xcukup duit nak wt belanja nikah. Pihak perempuan letak hantaran tinggi sangat macam nak jual anak. Xbersedia lagi nak pikul tanggungjawab, and lists are going on kalau nak tulis satu-satu. Tidak semua orang yang rezekinya 'mudah'. Maka,kau2 yang dah selamat menikah tu, jadilah hamba Allah yang BERSYUKUR!! (untuk haku la ni!)
Okay. Berbalik kepada 'istikharah cinta'. Aku disoal oleh seorang teman. Or,mungkin lebih kepada 'persoalan' yang diutarakan kepada aku. Begini ceritanya.

Ayu (bukan nama sebenar) sudah mempunyai bf,bernama Kashah (jugak bukan nama sebenar). Mereka telah bercinta bertahun-tahun. Namun, keluarga Ayu tidak tahu tentang hubungan mereka berdua (atau mungkin bertiga sebab ada syaitan sebagai makhluk ketiga??). Pada suatu hari yang riang, keluarg Azmi (bukan nama sebenar) telah datang merisik Ayu.
Disebabkan Ayu adalah seorang gadis yang sangat jelita (mcm aku.kbai!) , maka keluarga Azmi telah berkenan sangat kat Ayu. Keluarga Ayu juga berkenan kat Azmi sebab dia kaya (ini tokok tambah je). Disebabkan keluarga Ayu tidak tahu akan hubungan Ayu & Kashah, maka keluarga Ayu telah meminta waktu untuk Ayu berfikir daripada keluarga Azmi (maaf kalau ayat aku tunggang-langgang). Namun, cinta Ayu hanya untuk Kashah. Disebabkan Ayu telah diberi waktu untuk berfikir, dia terpaksa berfikir walaupun pada hakikatnya jawapan sudah ada dibenak. Hanya Kashah cinta hati sampai syurga (amik kau!). Disebabkan waktu yang diwujudkan untuknya berfikir, Ayu buntu kerana dia tersepit antara dua. Kashah vs pilihan keluarga. Ada dalam kalangan sahabatnya yang nasihatkan Ayu untuk solat istikharah, namun dia takut akan realiti yang bakal berubah jika jawapan yang bakal diperoleh kelak tidak seindah mimpi-mimpi yang telah diukir bersama Kashah. Ayu buntu. Ayu keliru. Maka, apakah keputusan Ayu pada akhirnya??

Sesungguhnya, itulah persoalannya sekarang. Apakah keputusan Ayu? Ayu tidak sanggup istikharah untuk meminta Penciptanya memberi petunjuk. Namun, dia juga tak tega untuk menghancurkan harapan keluarganya untuk melihatnya bersama Azmi.

Okay. Dah. Setakat itu sahaja cerita Ayu, Kashah dan Azmi. Yang mana keputusan masih belum dibuat.
Disebabkan ada kawan yang bertanya tentang perihal masalah Ayu ni kat aku, maka aku sangat suka untuk kongsi apa pandangan aku tentang masalah anak dara tu sorang. Sesungguhnya, aku bukanlah ustazah yang boleh menyatakan hujah-hujah berdasarkan dalil aqli & naqli. Namun, pengalaman yang lalu begitu menginsafkan aku. Telah membuatkan aku begitu ingin untuk tetap yakin bahawa petunjuk Allah itu adalah yang terbaik buat hambaNya.
Okay. Disebabkan Ayu taknak solat istikharah, kita tak boleh lah paksa dia amik wudhuk dan perform solat istikharah kan. Maka, salah satu pilihan terbaik adalah, buatlah pilihan yang akan mengembirakan keluarga. Boleh agak tak apa saranan aku kat Ayu? Kalau tak tahu, ini jawapannya. Adalah lebih baik jika Ayu memilih Azmi sebab perkara itu akan mengembirakan keluarganya. Kejamkah aku supaya Ayu berbuat begitu? Okay. Aku tak tahu lah korang mcm mana. Tapi aku sendiri, aku memang jenis yang tak suka mak aku terasa dengan aku. Dahla aku ada mak je. Ayah dah takde (kes yang pasal aku derma darah tak bagi taw mak tu tolong lupakan ea. Aku dah janji ngan mak aku yang aku takkan buat benda tu lagi dah. Dan suami aku pon dah tak bagi aku derma darah sebab haemoglobin aku turun mendadak. Kbai!). Aku sedaya upaya akan refer kat mak aku dulu sebelum buat apa-apa keputusan. Dan, untuk pengetahuan korang, mak aku yang finalise sape yang patut jadi laki aku. Wohahaha. Maka, berjaya sudah aku nikah ngan suami aku yang suwit itu. Kbai! Disebabkan aku pernah jadi anak derhaka (of kos aku dah taubat and mitak ampun kat mak aku), jadi aku seboleh mungkin untuk berbuat baik ngan mak aku. Dan keluarga aku. Tidak ketinggalan keluarga suami aku. Jadi, selagi pilihan keluarga untuk kau jadikan suami tidak menyalahi syariah, kau terima jela keputusan mak ayah kau. Aku tahu, mungkin kau akan nangis-nangis air mata darah untuk buat keputusan tentang masa depan kau. Tapi percayalah, mak ayah kau mesti dah pohon petunjuk kt Dia agar anak mereka dianugerahkan suami yang dapat bimbing anak mereka ke syurgaNya. InsyaAllah. Dah kau takut sangat nak istikarah kan, maka buatlah keputusan yang akan mengembirakan ramai orang, iaitu keluarga kau. Kashah sorang je yang akan kecewa. Or maybe dia pon akan jumpa someone yang lebih lawa daripada kau kn. Who knows. Haha
Tapi, sentiasalah berdoa kt Allah supaya Dia tuntun setiap langkah kau sebab jika dah tersilap satu langkah,kau mungkin akan jatuh terjelepok ke dalam longkang yang penuh dengan sampah tersumbat, dan lebih teruk kalau dalam longkang tu ada bangkai anjing mati yang dah berulat. Pastu tepi anjing tu pulak ada mayat bayi yang dibuang, dan dipercayai bayi itu adalah hasil hubungan zina (astaghfirullah). Kan sadis tu. (analogi aku agak cemar, tapi biarlah).
Jadi, itulah jawapan aku kalau orang tanya apa patut si Ayu tu buat. Sekian. Terima kasih.

Terima kasih kerana membaca kisah yang best ni. :-)

Salam alaik.

posted from Bloggeroid

4 comments:

  1. Bhahahahahaha..okey, serius ak gelak sorang bce mu tulih nih.. tp, ade part yg salah kot..hoho

    ReplyDelete
  2. hahaha..op kos la ade yg salah bie..bukan aku ingat sume pon what we have talked that nite..btw..apa yg salah tu? hek3

    ReplyDelete
  3. still remember time lini ckp pasal istikharah yg mimpi ur hsbnd skrg ni masa F5 dulu!haha.ingt lagi tau cite tu!tahniah again lini syg..lamo x jupo..=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tq dear..raya nanti datangla umah ea..ops! kiterr xraya bachok tahun ni..kita dah ade kampung baru.....heeee

      Delete